Alhamdulillah, I've completed my Part II. Although my result this semester was as not as 'flying colors' as the previous one, I'm glad I've passed! I couldn't ask for more and I'm so thankful to Allah for granting me the success one after another. Alhamdulillah....
Now I'm waiting... and still waiting...
I'm waiting for the INCEIF to reply my application of exemption on the Articleship for CIFP Part III which if I succeed, I don't have to do the internship in the Islamic Financial Institution for 6 months and produce an article of the internship. Instead, I can continue to be at home and and prepare my Professional Practice Paper (PPP) which I already submitted the proposal of the topic. With my limited experience in the banking area, I don't know if my topic is professional enough to be accepted as PPP. Hmmm... it's even harder to think professionally when u r at home, away from working environment.
Come to think about it, I actually prefer to do Articleship where I'll be getting hands-on experience rather than theory. Well, it's just for 6 month anyway, and I eventually don't have to go to "work/office" everyday! That's what I like about it. But the problem is.... I CAN'T FIND ANY ISLAMIC FINANCIAL INSTITUTION IN THE NYC!!!!.. sengal betul la duduk negara kafir nihh!!
Harapnya pernantian ini berbaloi, Insyaallah....
Thursday, January 28, 2010
Sunday, January 24, 2010
Surat untuk Hanna...
Assalamualaikum Hanna...
Mak harap mak dapat menyimpan surat ini sehingga Hanna boleh membaca dan faham tentang kehidupan dan hal2 keibubapaan. Mak letak dalam blog mak skali sebagai 'backup'. Harap Hanna tak kisah kalau orang lain baca. Mak harap mak dipanjangkan umur dan diizinkan Allah untuk menunjukkan sendiri surat ini pada Hanna supaya anak mak boleh membacanya nanti, kiranya layak dijadikan pandukan tika perlu.
Hanna...
Lagi 2 bulan Hanna dah nak masuk lima tahun. Kejap je... dah besar anak mak nih...
Banyak perubahan yang dah nampak pada Hanna walaupun tidak sangat pada tumbesaran fizikal dah setahun lebih masih di 15kg hehehe... Hanna masih belum bersekolah secara formal... Mak tau kalau kat Malaysia (mahupun di New York) ni kebanyakan kanak2 sebaya Hanna sudah bersekolah tadika secara formal setiap hari.... Hanna selalu minta untuk bersekolah setiap hari... Insyaallah nak, mak dan Abaji sedang berusaha untuk itu.
Alhamdulillah... syukur ya Allah, walaupun main2... tulisan Hanna semakin baik dan kemas, kekadang tu rasa lebih cantik dari tulisan Abaji... oppss!! jgn marah yangg... (masih huruf BESAR saja... huruf kecik belum lulus!). Hasil bermain "Cikgu2" bersama emak and Abaji, dengan menggunakan jari2, Hanna sudah faham dengan konsep penambahan dan pengurangan dan boleh menjawab soalan2 Matematik yg mudah. Lukisan2 Hanna pun semakin kemas dan cantik... lukisan rumah, pelangi, bentuk hati, bunga, reben, orang, kucing, arnab, burung, taman permainan :). Mak suka sangat bila Hanna bagi mak lukisan2 tu... mak rasa cantik sangat!!... sebab mak sendiri pun tak pandai melukis :p
Hanna suka pinjam buku-buku di perpustakaan. Mungkin sebab Hanna suka sangat suruh mak bacakan buku2 yang sangat banyak sampai emak penat dan bosan juga..., Alhamdulillah, kepenatan mak itu berbaloi nak... sbb kebelakangan ini Hanna sudah pun boleh membaca perkataan yang mudah2... (Bahasa Inggeris saja... Bahasa Melayu belum lagi...). Dan yang paling mak gembira Hanna sekarang sudah mula memunjukkan minat nak baca buku Iqra' berbanding dengan bulan2 terdahulu. Hanna masih di Iqra' 1... walaupun Hanna menunjukkan minat, mak masih lagi bermalas2an dan tak konsisten nak mengajar Hanna Iqra'... Maafkan sifat malas mak sayang... dan mak dengan mudah nk menyalahkan setan2 di sekililing emak!! Jangan diikut perangai buruk emak ni ye nak...
Hanna... :)
Satu lagi perubahan ketara pada Hanna yang mak suka... Hanna sekarang suka sangan ikat rambut, setiap masa di mana saja... sampai tidur pun nak ikat rambut. Anak mak sorang ni nampak kemas dan comel! Sifat keperempuanan Hanna pun semakin teserlah, obses pada merah jambu dan jingga, suka pada aksessori dandanan rambut... berbanding dengan Hanna tahun2 yg lepas, tak suka satu hapah pun yg diletakkan di atas kepala kecuali tudung. Cakap pasal tudung... Mak bersyukur sangat bila Hanna hulur tudung suruh Mak pakai masa ade "uncle" ketuk pintu rumah kita hari tu. Hanna belum tahu hukum bertudung, tp mak rasa seolah2 berjaya menjadikan kelaziman dan contoh yg baik kepada Hanna. Insyaallah, mak cuba istiqomah dan pakai tudung bila ade bukan muhrim termasuk sepupu sepapat dan ipar duai pulak lepas ni. Bab2 ni mak sgt cuai dan culas... Hanna doakan mak ye... Hanna seorang yang pemalu juga mudah tersipu2 terhadap perkara2 yang dikaitkan dengan perbezaan gender (seksualiti?). Bukankah malu itu sebahagian dari iman?... hhmm... mak aje yang masih tak tau malu... sampai sekarang mak masih gagal tutup aurat dengan lengkap... mak masih cenderung memilih fesyen2 yg tah apa2 tu... Hanna jangan jadi mcm mak ye sayang....
Hanna...
Anak mak ni seorang yang progresif walaupun pada umumya kelihatan sangat pasif dan senyap... tapi terkadang ade perubahan2 lain Hanna yg membuatkan mak risau dan cemas... Mak takut anak emak ini dewasa sebelum waktunya. Mak risau dengan keadaan persekitaran sekeliling yang sangat kejam dan jelek, rangsangan2 di sana sini yang boleh memberi impak negatif kepada fizikal, emosi dan spiritual kanak2 seperti Hanna. Hanna tau tak... mak sebenarnya risau bila Hanna mula tahu konsep 'boyfriend-girlfriend' seawal umur 4 tahun! Mak terkejut bila Hanna tolak dan tepis tangan mak bila mak cuba halang mata Hanna dari melihat adengan2 yg tak senonoh ala2 18SX di TV! Hanna malah marah mak bila mak tukar siaran lain, w/pun mak cakap siaran tu tak elok... tp mak pun tgk jugakk... ! Mak sedih sebenarnya bila Hanna tak mau lagi membaca surah2 lazim bersama mak atau Nenek bila nak tidur... mak terkilan bila Hanna sekarang dah tak mau solat berjemaah bersama emak dan Abaji bila diajak, tak mcm dulu. Begitu juga bila Hanna tak mau pakai tudung yang dulunya Hanna suka nak pakai bila keluar berjalan2.
Adakah ini hasil dari kesilapan dan kegagalan emak mendidik Hanna? Adakah ini indikasi yang memperingatkan mak agar jangan didik anak secara spontan?! Atau, adakah emak ini risau tak bertempat??... Mak tahu Hanna masih kecik... baru nak masuk lima tahun... belum wajib solat dan tutup aurat. Banyak lagi cabaran2 besar dan kerisauan2 yg lebih berat yg perlu emak tanggung. Insyaallah, semampunya mak akan merancang dan memberi pendidikan terbaik bagi anak mak utk dunia dan akhirat. Mak harap mak masih ada masa dan diberikan kesempatan utk itu...
Mak cuba utk perbaiki diri sebagai seorang hamba Allah. Hanna adalah amanah utk mak. Mak cuba menjadi ibu yg terbaik yg tidak membandingkan anaknya dengan anak2 orang lain yang mungkin dan sememangnya jauh lebih baik darinya. Apa yang cuba mak tekankan di sini ialah utk mengingatkan diri sendiri dan juga diri Hanna agar kita tahu potensi diri, mengenal pasti kelemahan dan berusaha memperbaiki diri agar menjadi lebih baik bukan utk di mata insan, tetapi yg terlebih penting menjadi lebih baik pada pandangan Allah.
Hanna...
Sekali lagi mak mintak maaf banyak2 sekiranya tersalah dalam mendidik Hanna. Mak mintak maaf sekiranya masih kurang perhatian yang mak berikan pada Hanna dan mak melebihkan perkara lain yang bersifat duniawi lebih dari Hanna. Nanti bila baca surat ni, Hanna tegurlah mak mana2 yg mak silap (kalau mak masih ade lagi time tu...). Mak cuma nak Hanna tau yang mak sayang sangat kat Hanna dan mak nak Hanna jadi anak yg solehah...
Insyaallah, mak bercadang nak tulis lagi surat kat Hanna dari semasa ke semasa. Mak harap Hanna sudi membacanya nanti dan ambil lah apa2 yang baik darinya.
Salam Kasih Sayang dari ibumu,
Hanum Kamarudin
Manhattan, New York.
p/s: Hanna... mak sepatutnya tulis dalam bahasa persuratan, itu adalah lebih elok... but I hope u don't mind dgn tulisan bahasa pasar mak ni... and mak terasa mcm impress sket dlm surat pertama ni, mak guna bahasa melayu sepenuhnye, takde bahasa rojak pun mcm selalu mak cakap ngan Hanna... and I laughed when i read it to myself... lol!!

Subscribe to:
Posts (Atom)