Kehh.. kehh… kehh… mcm poyo je tajuk!!... My sacrifice la konon.
Tapi memang iye jugak le sempena Hari Raya Aidil Adha yang memang bertemakan 'pengorbanan'. Mengimbas kembali dan mengambil ibrah sejarah Nabi Ibrahim yang sanggup berkorban apa sahaja untuk mengabdikan diri kepada Allah walaupun terpaksa menyembelih anaknya sendiri, tentu saja umat Islam di sana sini (but not in Manhattan tho…) amat sebuk dengan acara sembelihan binatang korban.
With AidilAdha jatuh pada hari Jumaat 27 Nov, the day after Thanksgiving day a.k.a THE BLACK FRIDAY, adalah hari yg sangat ideal untuk menyoping stock barang2 for 'Original For Less' and other personal cravings needs. Tetapi aku telah berkorban untuk tidak ber 'midnight madness' and 'morning madness' melayani BLACK FRIDAY SALE yg semamangnye GILA!!... seriyes beb… giler murah! Ini adalah bagi menghormati dan merayakan Hari Raya Korban yg jauh lebih mulia daripada sale yg ntahapahapa itu… kedai bukak seawal 4 pagi (some of them start 12midnite)… and bargain up to 85% but only for limited time, sampai tengahari sahaja ye… memang sgt tempting ok… Sesungguhnya aku berjihad dan bekorban menundukkan nafsu shopping ku di AidilAdha ini… Well… takde la sesuci mana pun pengorbanan tu… layak ke dipanggil korban, cenggitu??.. Actually I've experienced the Black Friday at Woodbury Premium Outlet last year… and I don't think I want to do it again this year… makcik dah tak kuasa nak berpusu2 dlm crowd n beratur panjang nak masuk Coach outlet tuh dengan cuaca yg sejuk sampai ke tulang ni… sampai demam2 okeh… tp tengok la thn depan, mungkin?! Kalau raya tak jatuh on Black Friday?... hehehh…
Alhamdulillah, disebelah petangnya adalah acara open house hosted by Razi & Wani, and after that to Zarina's house for another double celebration feast (Thanksgiving + Aidiladha). Maka turkey2 itu telah menjadi korban… Perghh!!.. Marvelous!!... Saya rasa sgt G.E.M.U.K…!!
To friends and families… Salam Adiladha dari kami sekeluarga di perantauan. Apa sahaja pengorbanan yang kita lakukan, semoga diiringi dengan IKHLAS.